Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 3 Februari 2012

PROGRAM KLAQ DAN KLAJ

Salam untuk semua. Mudah-mudahan Allah sentiasa membimbing kita, ahli keluarga, para sahabat, rakan-rakan, anak-anak didik dan seluruh ummah agar menjauhi perkara mungkar dan melaksanakan segala perintahnya. Program KLAQ (Kem Literasi Al-Quran) dan KLAJ (Kem Literasi Jawi) adalah satu aspek dalam program pelaksanaan j-QAF di sekolah sejak tahun 2005. Ramai sekolah tidak membuat atau melaksanakan program ini. Namun, program ini jika dilaksanakan insyaallah, banyak membantu murid yang lemah dalam al-Quran dan jawi agar dapat dibantu. Memang sukar untuk istiqamah. Namun tahniah kepada penyelaras KLAQ & KLAJ iaitu Ustazah Zanariah kerana berjaya menjayakan program ini selama 4 hari dengan dibantu oleh saf GPI/j-QAF. Insyaallah laporan program ini akan dibentang dalam Bengkel KAPI akan datang. Lihatlah wajah bersih anak-anak yang terlibat dalam program tersebut dan ketekunan fasilitatornya. Semoga Allah SWT memberkati usaha-usaha ini.




































Tiada ulasan:

Catat Ulasan