Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 Mac 2012

PESERTA-PESERTA 'MTQ' SKKJ ZON B DAERAH SABAK BERNAM

Assalamualikum w.b.t,
Pada 21 Mac 2012 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1433, seramai 6 orang peserta dan 2 orang peserta simpanan akan membawa cabaran SK Khir Johari ke pertandingan MTQ Rendah Zon B Daerah Sabak Bernam di SK Seri Mawar, Sungai Ayer Tawar. Insyaallah mereka akan diiringi 3 orang guru pengiring iaitu Ustazah Suzilah binti Harun (Ketua kontenjen) - memantau bahagian hafazan Quran, Ustazah Zurina binti Mohamad Zainuri - bahagian tilawah al-Quran dan Ustazah Siti Fatimah binti Saad - bahagian bercerita kisah dari al-Quran. Panitia Pendidikan Islam SKKJ mengucapkan 'semoga berjaya' dalam perjuangan tersebut. Peserta-peserta yang mewakili sekolah ialah :-
1.Bahagian Tilawah - Mohamad Adib Fikri bin Rosman (L)
                                 Nur Deena A'liya binti Zulkifli (P)
2.Bahagian Hafazan- Mohd Irfan bin Azrul (L)
                                 Musyirah binti Ahmad Zainuddin (P)
3.Bahagian Cerita   - Afiq Dzakwan bin Mohd Shakhir (L)
                                 Balqis Alwani binti Bujaini (P)

Simpanan :-
                  1.Azlin Maisarah - Bercerita
                  2.Nusaibah         - Hafazan

Selasa, 13 Mac 2012

SIAPA NAK JADI AGEN ALLAH SWT?

Salam alaikum...untuk semua pengunjung blog ini dan khas untuk anak-anak didik di SKJ. Susahnya nak cari penghafal Quran di SK Khir Johari. Dah lama.. namun tiada rasa berputus asa. Terus mencari dan mendidik. Anak-anak dan semua yang dirahmati Allah, jom kita sama-sama mula menghafal al-Quran sedikit demi sedikit hingga akhir kalam.... Sebelum itu, saksikan yutube di bawah; mudah-mudahan memberi motivasi dan manfaat kepada semua... JOM HAFAL QURAN !!!!!


Ahad, 11 Mac 2012

PROGRAM 'SPIES' TAHUN 6

Program "SPIES" diadakan sebulan 2 kali. Bertempat di surau sekolah. Waktunya adalah pada pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi (hari Jumaat). Ia bertujuan untuk memberi pengukuhan kerohanian murid tahun 6.