Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 28 Oktober 2012

USRAH GPI & KELUARGA - UKHUWAH SUMBER KEKUATAN UMMAH

Alhamdulillah, Team guru opsyen GPI telah berjaya mengadakan usrah secara santai di surau sekolah yang baru siap "renovation" fasa 1. Saksikan gambar-gambar......
































Tetamu istimewa "Wak Jaga & Abang Jaga" turut hadir



















PROGRAM IHYA RAMADAN

Ramadan kembali lagi... Panitia Pendidikan Islam selaku badan yang diamanahkan menggerakkan program-program bersifat dakwah dan kerohanian telah menyusun pelbagai program sepanjang bulan tersebut. Saksikan rakaman peristiwa tersebut.

KUIZ BERSIRI TAHAP 1 & 2
Ustaz Hafiz sedang memberi penerangan berkaitan kuiz bersiri


Selasa, 12 Jun 2012

DARI SURAU SULUK KE SURAU TARBIAH.....

Salam perjuangan untuk semua anak didik ustaz.... tanpa kira kalian berada di mana. Alhamdulillah surau yang telah berusia hampir 30 tahun sedang dilakukan penambahbaikan agar fungsinya menjadi lebih hebat dan dapat digunakan untuk program yang lebih besar. Kerja-kerja bermula dengan penyemakan semula arah kiblat oleh sepasukan pegawai dari Jabatan Mufti Selangor dan seterusnya kerja-kerja pun bermula. Saksikan sebahagian rakaman peristiwa tersebut...
gambar surau lama 1

gamabar surau lama 2

































Proses 1

















Proses 2


















Proses 3

KEM PAFA TAHAP 1 & 2

Saksikan sebahagian rakaman program tersebut
Murid sedang melancar dan menghafaz tajuk yang akan dinilai

Jumaat, 18 Mei 2012

PROGRAM 5 MINIT BERSAMA USTAZ & USTAZAH

Panitia Pendidikan Islam telah diberi ruang untuk mengendalikan sesi "warm up" pada setiap hari Jumaat atau boleh juga dikenali dengan Tazkirah dari jam 7.20 pagi hingga 7.30 pagi setiap minggu. Giliran menyampaikan tip-tip Islam, Iman dan Ihsan telah disusun. JOM TANYALAH USTAZ / USTAZAH ... saksikan detik-detik tersebut bersama saf pentazkirah handalan.....
Ustazah Zanariah Rahmat, Ijazah Sarjana muda UTM

Ustazah Suzilah Harun, Ijazah Sarjana muda UTM

Ustazah Mazlina Musa, Ijazah Sarjana muda, Universiti Aceh

Ustazah Hjh Siti Hawa Musa, sedang sambung belajar di UPSI

Ustaz Mohd Hafiz Yunus, Ijazah Sarjana muda Universiti di Indonesia

Ustazah Siti Fatimah Saad, Ijazah Sarjana muda UM, sedang buat Master di UKM






















































































































Ustazah Zurina Mohamad Zainuri, Ijazah Sarjana muda, UIA, ini gambar tahun 2010 la....























dan tu dia Pengarah ini filem da...dan Pengarah fotografi.....jeng..jeng...jeng........ ok kamera 1..... take 1...action.....

Ustaz Norazam Mashudi, Ijazah Sarjana muda UKM, sedang sibuk menaip skrip filem GPI "The Movie"

Ustaz Mohd Khafidz Asmungi, Ijazah Sarjana muda, UKM, sedang 'edit' gambar-gambar untuk filem tu la......
serta yang di bawah ni, penasihat 25% daaaa.....walau sekarang dah jadi orang kuat PPKI tapi ruhnya tetap beragama

Ustazah Siti Junidah Md Darmiah, Ijazah Sarjana muda OUM, sedang buat Master di UPSI.


Murid lelaki

Murid perempuan




Sabtu, 5 Mei 2012

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 TAHAP 2

Dalam KBS Siri 2 Tahap 2, satu anjakan ke arah {'alaikum bissunnah} telah dilaksanakan dalam Modul Makan Sunnah KBS. Saksikan rakaman perjalanan KBS tersebut...
Adoi...hai "brother" kalau sedap pun jangan la sampai gigit jari..

hai bang...ustaz suruh makan, bukan senyum..

hek..eleh.. kang aku silat kang...

amboi..chek kak..sampai habis jari pun ekau tolan ni...

adus..camne nak habiskan ni....

bagus...bagus.. sikit lagi nak "clear" ni...

ala hai... sompai bulat mato kau ye...

apa da...geng lain boleh tambah la... tak leh jadi ni...

bang....boleh tambah lagi ke....

fullamak...sampai BERSIH ekau somua 'kerojekan'. Nasib baik dulangnya ada lagi..

Jangan la ustaz... I segan la ambik gambar tengah makan ni...

tengok..tengok.. semua, saya buat silap mata...

Sopan nye makan....

cam ne nak habiskan ni... kat rumah dah sarapan tadi...

Jom...lawan sapa cepat habis....














Ini baru betul...Ustaz Azam makan dengan anak-anak murid
Ustaz Azam memberi taklimat sebelum ke sesi bengkel KBS 1

Selasa, 20 Mac 2012

PESERTA-PESERTA 'MTQ' SKKJ ZON B DAERAH SABAK BERNAM

Assalamualikum w.b.t,
Pada 21 Mac 2012 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1433, seramai 6 orang peserta dan 2 orang peserta simpanan akan membawa cabaran SK Khir Johari ke pertandingan MTQ Rendah Zon B Daerah Sabak Bernam di SK Seri Mawar, Sungai Ayer Tawar. Insyaallah mereka akan diiringi 3 orang guru pengiring iaitu Ustazah Suzilah binti Harun (Ketua kontenjen) - memantau bahagian hafazan Quran, Ustazah Zurina binti Mohamad Zainuri - bahagian tilawah al-Quran dan Ustazah Siti Fatimah binti Saad - bahagian bercerita kisah dari al-Quran. Panitia Pendidikan Islam SKKJ mengucapkan 'semoga berjaya' dalam perjuangan tersebut. Peserta-peserta yang mewakili sekolah ialah :-
1.Bahagian Tilawah - Mohamad Adib Fikri bin Rosman (L)
                                 Nur Deena A'liya binti Zulkifli (P)
2.Bahagian Hafazan- Mohd Irfan bin Azrul (L)
                                 Musyirah binti Ahmad Zainuddin (P)
3.Bahagian Cerita   - Afiq Dzakwan bin Mohd Shakhir (L)
                                 Balqis Alwani binti Bujaini (P)

Simpanan :-
                  1.Azlin Maisarah - Bercerita
                  2.Nusaibah         - Hafazan

Selasa, 13 Mac 2012

SIAPA NAK JADI AGEN ALLAH SWT?

Salam alaikum...untuk semua pengunjung blog ini dan khas untuk anak-anak didik di SKJ. Susahnya nak cari penghafal Quran di SK Khir Johari. Dah lama.. namun tiada rasa berputus asa. Terus mencari dan mendidik. Anak-anak dan semua yang dirahmati Allah, jom kita sama-sama mula menghafal al-Quran sedikit demi sedikit hingga akhir kalam.... Sebelum itu, saksikan yutube di bawah; mudah-mudahan memberi motivasi dan manfaat kepada semua... JOM HAFAL QURAN !!!!!


Ahad, 11 Mac 2012

PROGRAM 'SPIES' TAHUN 6

Program "SPIES" diadakan sebulan 2 kali. Bertempat di surau sekolah. Waktunya adalah pada pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi (hari Jumaat). Ia bertujuan untuk memberi pengukuhan kerohanian murid tahun 6.