Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 28 Februari 2012

KEM BESTARI SOLAT j-QAF 2012 TAHAP 1 SIRI 1

Alhamdulillah... KBS siri 1 telah berjaya dijayakan pada 3 Rabiulakhir 1433 / 25 Februari 2012 (Sabtu) dengan kehadiran ialah 72 orang (74%) daripada 97 orang murid tahun 1, 2 dan 3. Kebetulan ia bersamaan dengan satu lagi program sekolah menyebabkan 7 orang tidak dapat hadir. Sementara selebihnya atas pelbagai sebab. Dalam KBS, murid diberi tunjuk ajar dan bimbingan berkenaan berwuduk dan solat fardu. Kem bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Tahniah kepada murid yang hadir dan tidak lupa juga kepada 'team' GPI/j-QAF yang bersungguh-sungguh membuat persiapan dari kerja-kerja awal, semasa dan selepas. Saksikan sebahagian rakaman gambar-gambar program KBS untuk tatapan murid SKJ dan ibubapa penjaga dan warga SKJ...serta pengunjung blog..

PENDAFTARAN & SARAPAN PAGI

Menunggu selepas pendaftaran kehadiran
Ustazah Siti Fatimah menyemak kehadiran murid





Sarapan pagi

Roti Canai la...

Satu aje ye....

Apa da.... ni melekat ni...

Nak tambah nanti ye....

Wah! sebijik macam kedai mamak la.... hairan..hairan..

Ni mana punya 'straw' da..

La ni...giliran murid lelaki..
Sedapnya....

Sedap...sampai menjilat jari...

Ni....geng songkok la...

Satu lagi...geng songkok
Santai..... dimana ustaz azam?

Maaf ye.. ini bukan... bukan... pekerja Restoran Amin Maju.... tapi Fasilitator KBS

Selepas sarapan, para peserta mendengar taklimat sebelum bengkel 1
Sesi pembaharuan dan pengukuhan Syahadah
Doa penerang hati dan mohon barakah majlis dipohon kepada ILAHI SWT
Kumpulan Ustaz Azam


Kumpulan Ustazah Fatimah

Kumpulan Ustaz Khafidz
Kumpulan Ustazah Mazlina
Kumpulan Ustazah Zanariah

Kumpulan Ustazah Suzilah

Isnin, 27 Februari 2012

AKTIVITI-AKTIVITI DALAM PROGRAM MAULIDURRASUL 1433/2012

Banyak aktiviti dijalankan semasa Program Maulidurrasul dengan tema Saya Cintakan Rasulullah atau "Wa Kangen Sama Rasulullah SAW", antaranya :-

1.Pertandingan Mewarna - tahap 1, pra sekolah dan Pendidikan Khas
2.Pertandingan Mengarang - tahap 2
3.Silang kata - tahap 1 dan 2
4.Azan (lelaki) dan Selawat (perempuan)
5.Kuiz secara 'online' di blog Panitia Pendidikan Islam

Sebahagian gambar-gambar yang menjadi rakaman peristiwa tersebut ......

5 Pemenang Kuiz Secara 'online'
Nur Syahirah binti Ahmadani

Nurasyiqin Alya binti Muhamad Nazri

Aina Nazuwa binti Rosli

Noor Nisa Azzahra Zaima binti Othman

Ambrin Fitri bin Rizuan

Isnin, 20 Februari 2012

RASULULLAH SAW TELAH TIADA......... BANGKITLAH "UMAT"....

Salam untuk semua...
Bulan kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW kian menghampiri penghujungnya. Adakah kita akan sentiasa mengenang dan merinduinya... baca, fikir dan hayatilah kisah di bawah...

Kisah menjelang ajalnya kekasih Allah

Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Ya Rasulullah SAW Mengingatkan kita sewaktu sakratul maut.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan petua, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, masanya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. 

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cepat menangkap Rasulullah yang hampir terjatuh semasa turun dari mimbar.

Pada masa itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau boleh. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. 

Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”.”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut. 

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 

” Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. 

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. 

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. 

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” 

“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. 

Detik-detik semakin dekat, masanya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 

“Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 

“Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.

”Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” 

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 

“Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”
 
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. 

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.reallife65 sumber : http://tulahan.blogspot.com

Jumaat, 17 Februari 2012

PROGRAM MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH 1433H/2012M

Salam untuk semua warga SKJ dan semua pelayar blog.
Pagi Jumaat 24 Rabiul Awal 1433 bersamaan 17 Februari 2012, semua warga sekolah sama-sama meraikan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Program dimulakan dengan perarakan semua warga SKJ dan diikuti ceramah. Saksikan gambar-gambar dalam peristiwa bersejarah tersebut...