Kini kita umat Islam bersua semula dengan bulan kelahiran junjungan besar nabi kita iaitu Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah binti Wahab. Kita memang ingatkan baginda SAW setiap masa tapi dalam bulan RABIUL AWAL ingatan itu wajib sentiasa di dalam sanubari, fikiran dan tindakan pada setiap saat. Banyak perkara kita boleh lakukan seperti membaca kitab barzanji dan terjemahannya, membaca buku riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, membanyakkan berselawat melebihi bulan-bulan yang lain, mengamalkan seberapa banyak sunnah Nabi Muhammad SAW, mengadakan sambutan maulidurrasul dan banyak lagi. Salah satu akhlak terpuji Nabi Muhammad SAW yang hendak dikongsikan bersama dalam blog ini adalah kisah berikut... sama-samalah membaca dan menghayati serta cuba kita amalkan.
RASULULLAH SAW DAN SEORANG PENGEMIS
|
"Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya"
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Rasulullah
SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah
wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan
setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA
yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau
bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang
belum aku kerjakan?".
Aisyah RA
menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali
satu saja".
Apakah
Itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap
pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan
untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.
Keesokan
harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan
kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan
makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si
pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".
Abu
Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan!
Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta
itu.
"Apabila
ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut
ini mengunyah.
Orang
yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu
dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan
padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu
Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil
berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa
datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang
mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika
itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan
kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu
menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia
mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."
Pengemis
Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu
juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.
Wahai
saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau
setidak-setidaknya mempunyai niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah
ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.
PENGAJARAN
- Dakwah atau mengajak kepada Islam kerja seumur hidup tanpa kira waktu, siapa, di mana dan jangan tanya apa hasilnya dan bila hasilnya.
- Kerja dakwah adalah tanggungjawab semua orang Islam.
- Gunakan apa juga kebolehan yang kita mampu untuk melaksanakan sunnah atau tuntutan dakwah.
- Jangan sekali-kali menghina pengemis. Jika kita tidak mahu memberinya diam dan biarkanlah sahaja.
- Berilah pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sekalipun kepada orang bukan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan