Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 31 Januari 2012

BULAN KELAHIRAN RASULULLAH SAW..

Salam untuk semua anak-anak didik ustaz di SK Khir Johari. Soalan ini berdasarkan klip video di bawah. Lihat dan perhatikan senikatanya baik-baik. Soalan : Apakah nama bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW ? Jawab dalam ulasan di bawah.Berikan nama penuh dan nama kelas. Jawab sendiri ya. 5 pemenang pertama yang menjawab dengan tepat akan mendapat hadiah dari Panitia Pendidikan Islam, insyaallah. Terbuka untuk murid SK Khir Johari sahaja. KUIZ INI TELAH TAMAT TEMPOH UNTUK MENJAWABNYA. 5 PEMENANG TELAH DIKENAL PASTI. (PESANAN DARIPADA KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM).25/02/2012

Sabtu, 28 Januari 2012

YA RASULULLAH !, SERONOKNYA JIKA SAYA DAPAT BERSUA DENGANMU...

Salam untuk semua....
Kini kita umat Islam bersua semula dengan bulan kelahiran junjungan besar nabi kita iaitu Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah binti Wahab. Kita memang ingatkan baginda SAW setiap masa tapi dalam bulan RABIUL AWAL ingatan itu wajib sentiasa di dalam sanubari, fikiran dan tindakan pada setiap saat. Banyak perkara kita boleh lakukan seperti membaca kitab barzanji dan terjemahannya, membaca buku riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, membanyakkan berselawat melebihi bulan-bulan yang lain, mengamalkan seberapa banyak sunnah Nabi Muhammad SAW, mengadakan sambutan maulidurrasul dan banyak lagi. Salah satu akhlak terpuji Nabi Muhammad SAW yang hendak dikongsikan bersama dalam blog ini adalah kisah berikut... sama-samalah membaca dan menghayati serta cuba kita amalkan.

RASULULLAH SAW DAN SEORANG PENGEMIS


"Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya"

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". 

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." 

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.

Wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau setidak-setidaknya mempunyai niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.

PENGAJARAN

  • Dakwah atau mengajak kepada Islam kerja seumur hidup tanpa kira waktu, siapa, di mana dan jangan tanya apa hasilnya dan bila hasilnya.

  • Kerja dakwah adalah tanggungjawab semua orang Islam.

  • Gunakan apa juga kebolehan yang kita mampu untuk melaksanakan sunnah atau tuntutan dakwah.

  • Jangan sekali-kali menghina pengemis. Jika kita tidak mahu memberinya diam dan biarkanlah sahaja.

  • Berilah pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sekalipun kepada orang bukan Islam.
-dicatat oleh azamabdal

Jumaat, 27 Januari 2012

CONTOH JADUAL HARIAN UNTUK MURID 5UM

Askm. Ustaz harap murid 5 UM dapat jadikan contoh jadual harian di bawah sebagai petunjuk cara-cara buat jadual harian sendiri seperti yang diberitahu dalam pengajaran Pendidikan Islam tajuk akhlak - Pengurusan Diri. Arahan kerja rumah itu ialah buat satu jadual harian sendiri. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Jangan lupa tunaikan solat setiap waktu.

KSSR BIKIN KEPALA GURU PUSING......

Salam untuk semua pengunjung blog...
KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau Kerja Susah Sampai Rebah ? Ramai guru yang kepeningan dan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang serta masak jadi caca marba. Tapi bukan semua begitu. Ada yang "cool" je. Apa-apa pun amanah dan tanggungjawab dalam profesion perguruan wajib dilaksanakan. Atas dasar itulah maka Panitia Pendidikan Islam telah sejak awal lagi sentiasa berbincang dan bertukar-tukar maklumat berkenaan KSSR ini. Bagi Panitia Pendidikan Islam, guru GPI yang telah berkursus ialah Ustazah Zanariah binti Rahmat. Beliau telah dan akan berkongsi maklumat yang diperolehi bersama-sama rakan-rakan. Tarikh-tarikh program penataran KSSR tahun 2 bagi panitia Pend.Islam seperti disusun pihak pentadbir ialah pada 26 - 28 Januari 2011. 
Aksi bincang KSSR 1

Aksi bincang KSSR 2

Aksi bincang KSSR 3

Aksi bincang KSSR 4

KP Bahasa Arab dan Bahasa Tamil bertukar-tukar idea


KSSR antara realiti dan fantasi..

Perbincangan hangat tentang KSSR antara GPI / j-QAF

Ustazah Zanariah sedang menunjukkan bahan KSSR dalam perbincangan bengkel

Khamis, 26 Januari 2012

BENGKEL KAPI BIL.01/2012 TELAH BERJAYA DIJAYAKAN

Alhamdulillah... apa yang telah dirancang berjaya dilaksanakan. Asalnya hanya hendak diadakan dalam tempoh 1 jam tetapi oleh kerana banyak perkara yang dibincangkan, ia berlanjutan sehingga hampir 2 jam setengah. Dari pukul 10.30 pagi - 12.45 tengah hari. Kebetulan GPI & j-QAF, waktu tersebut tiada yang terlibat dengan pengajaran di kelas. Banyak perkara yang dibincangkan; antaranya :-
  1. Makluman dapatan dari Mesyuarat Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Daerah Sabak Bernamn oleh KP panitia.
  2. Pembentangan kertas projek ringkas Program KLAQ/KLAJ oleh Ustazah Zanariah bt.Rahmat
  3. Pembentangan kertas projek ringkas penambahbaikan bilik j-QAF dan program berkaitan j-QAF (luar) serta tasmik, juga khatam Quran oleh Ustazah Siti Fatimah bt Saad
  4. Pembentangan kertas projek ringkas Penyelaras PAFA oleh Ustazah Suzilah bt Harun
  5. Pembentangan kertas projek KBS oleh Ustaz Mohd Khafidz bin Asmungi (Penyelaras KBS dan e laporan j-QAF) diwakili oleh Ustazah Siti Fatimah
  6. Cadangan-cadangan oleh Ustazah Ariyati bt Daniyan (Penyelaras Tugas-tugas Khas)
  7. Perbincangan MTQ
  8. Penerangan dan perbincangan tentang KSSR oleh Ustazah Zanariah bt Rahmat
  9. Perkara-perkara lain yang berkaitan Pendidikan Islam
Semoga semua perbincangan dan hasilnya diberi keberkatan Allah.
- dicatat oleh azamabdal

BENGKEL KAPI BIL.01/2012

Kepada semua GPI/ j-QAF/ GTPI SK Khir Johari yang dirahmati Allah SWT,
Berikut lampiran memo jemputan menghadiri Bengkel Kecemerlangan Panitia Pendidikan Islam (KAPI) SK Khir Johari kali pertama.


Rabu, 25 Januari 2012

RAHSIA MEMANDANG WAJAH ALLAH

Kata Ibrahim bin Adham, ada 3 hijab atau tirai yang menghalang kita memandang wajah Allah SWT dan hijab ini apabila dibuka, sesorang itu dapat memandang wajah Allah. Perkara itu ialah :-
  1. Tidak berasa gembira walaupun kekayaan dunia dan akhirat dikurniakan kepadamu;
  2. Tidak merasa kesal walaupun kerajaanmu dilucutkan daripadamu;
  3. Tidak berasa megah walaupun kamu dipuji
Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan hal-ehwal diri kita. Di mana kedudukan kita? 
(dipetik dari buku 'Belajar Dari Para Wali') - azamabdal

TAKWIM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK KHIR JOHARI 1433/2012

Semoga segala yang dirancang diizinkan Allah untuk dilaksanakan dengan jayanya... amin! -azamabdal


ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK KHIR JOHARI 2012

SELAMAT MENJALANKAN AMANAH...... SEMOGA SUKSES! - azamabdal

Selasa, 24 Januari 2012

TIPS PEMBUKA REZEKI

Rezeki adalah kurniaan Allah. Tiada siapa yang mahu rezekinya disempitkan. Berikut merupakan 12 tips pembuka rezeki yang halal dan barakah insyaallah :-
  1. Bersyukur
  2. Bersolat dan menunaikan ibadah yang lainya kepada Allah
  3. Memperbanyak istighfar
  4. Tinggalkan perbuatan dosa
  5. Berzikir dan sentiasa ingat Allah
  6. Berbakti dan mendoakan ibubapa
  7. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  8. Tunaikan hajat orang lain
  9. Banyakkan berselawat dan bersedekah
  10. Menjalin silaturrahim
  11. Bangun awal pagi
  12. Buat amal kebajikan sebanyak mungkin
(dicatat oleh azamabdal)

ALLAH MAJIKAN TERTINGGI

Suatu renungan awal tahun 1433h/2012m - Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan. Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah "goyang kaki". 
Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja.
Para sahabat, teman, rakan dan saudara - bukan begitu sepatutnya yang berlaku. Motivasi bekerja bukan kerana keuntungan duniawi. Tapi, mari kita sama-sama bermuhasabah bahawa tugas kita ini adalah sangat mulia di sisi Allah. Ingatlah, 'Kerja adalah ibadat dan masa adalah amanah daripada Allah'. 
-catatan iftitah darpada azamabdal

Isnin, 23 Januari 2012

SALAM UNTUK SEMUA PELAYAR INTERNET!  JOM BERDAKWAH MELALUI ALAM MAYA.